Tuesday, December 13

~MFBK~

Jodoh adalah perkara yang sudah di tetapkan oleh Allah maha Esa.

Tapi macam mana kita nak tau, dia memang Jodoh kita yang di takdirkan ? 

First Yaya memang xpenah nak amek tahu sangat bab jodoh ni, bagi Yaya ada jodoh tu kira ada la. tak dak tu kira tak dak la kan . Simple as that ! 
But to be honest, since Yaya jumpa Mr MFBK, Yaya start compared balik petanda2 jodoh Yaya ngn MR MFBK  ðŸ’Œ


Meh sini Yaya nak share 10 hint petanda yang pasangan kita tu Jodoh kita

1. Bersahaja

Kekasih kita tu bersikap bersahaja dan tidak berlakon!

- haaa yg ni Yaya setuju, sesungguhnya Mr MFBK yaya memang " loqlaq " sedia. Tak yah kata bab makan pakai bagai. Bab perangai pon rilex cicak dia ja. Part paling Yaya xley accept sampai la ni " KENTOT " .. haishh la Yaya xpaham mangkuk tingkat mana yang buat pepatah 

" KALAU DAH SAYANG KENTUT BUSUK PON BAU WANGI "

nah iolls menentang sekeras-kerasnya pepatah ni. Yaya yang sayang kat Mr MFBK pon xley tahan bau busuk kentot beliau !! not acceptable ! kabhi nahi ! *semua bahasa keluaq abeh.
So bagi pasangan yang tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka Insyaallah dia adalah  calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak mungkin dia bukan jodoh kita.


2. Senang Bersama 

Walaupun selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu atau tertekan bila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya.  

- Frankly speak, Yaya dan MR MFBK dalam hubungan jarak jauh, sorang dok Negeri9 sorang kat Penang ni ha, nak jumpa pon 3 - 4 bulan sekali. tu pon ada limit  3- 4 hari ja nak ngadap muka masing2. haisyyy sob sob sob ! T_T kalau nak ceqhita bab tekanan, ada la jugak rasa sikit2 sebab kami dok jauh kan, Rindu xtau nak habaq lagu mana dah!  but nothing is impossible for me and him !! we make it till now for the past 1 year plus !! Good Job babehhh =) 


3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam kita yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Yang penting, siapa kita sekarang. Yang dia tahu kita miliknya kini. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

- hurmmm tipu la kalau Yaya cakap yang Yaya xpenah buat salah, manusia xperfect mana pun, tak terlepas dengan Yaya. Alhamdulillah Mr MFBK sedia maafkan kesilapan dan terima Yaya balik. bagi Mr MFBK dia pegang dengan kata2 dia,
 " Apa yang ada di depan mata, ubahlah sampai jadi yang terbaik "
And  thanks to Allah SWT, he changed me a lots. 


4. Sentiasa Jujur

Tidak kisah apa .yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hati, kebahagiaan itu menjadi milik kita. Insyaallah Aamiin. 

- for me, SIMPLE is my tagline! and yes honesty and loyalty are important, lagi2 Yaya yang hubungan jarak jauh lagu ni. tak dak dua ni, mampuih tungging langgang hubungan. ofcoz la Doa' pon penting sebagai orang islam kita kena percaya takdir Allah SWT. Kejujuran yang disulami kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5. Percaya antara Satu sama lain

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakala rahsia ini perlu dikongsikan supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Bagi yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. 

- bagi Yaya bab percaya ni sama macam Jujur. Kalau kita nak pasangan kita Percayakan kita, kita kenalah sentiasa jujur. Yaya rasa selamat kalau kongsi masalah atau rahsia dengan Mr MFBK berbanding ahli keluarga dan rakan-rakan lain. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Dan Yaya rasa bersyukur sebab Mr MFBK bagi dua2 dalam hubungan kami. 


6. Senang Bekerjasama

Bagi pasangn kat luar sana, yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal abadi. Kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas. Kita dapat melaui susah senang bersama tanpa memerlukan orang ketiga dan senang melakukan bersama-sama.

- apa yang penting? Kerjasama !! hehehe .. ok bab ni Yaya sokong, bagi cik kak cik kak kat luaq sana yang still hidup dalam pemikiran dimana semua benda di tanggung beres oleh suami , ampa boleh da kot dok start pikiaq kedepan sikit. Cik kak sekalian, ni zaman 2016 dah nak masuk 2017. xdak dah aihh zaman 100% tanggung oleh suami. bukan ceq nak kondem hat laki2 kat luaq xmampu! dak aihh, depa mampu and lebih dari mampu. Tapi xsalah kita hat pompuan ni, tolong apa yg termampu dan meringankan sikit beban yang pasangan kita tanggung. * bukan menambah tau !!
Sebab bagi Yaya, iolls tak mau bakal suami ioll mati kering pikiaq nak cari duit nak bela ceq bg elok. cukup apa yang termampu, kalau tak dak sikap kerjasama memang susah bagi kita nak hidup bersama. Ingat tau, kita pikul tanggungjawab sama2. 


7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa kita ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila mengalami kesusahan , dia menjadi pembantu. Dia selalu bersama kita tidak kira gembira atau berduka.

- hehehe part ni boleh penuh wall kalau yaya nk sama kan dengan Mr MFBK, sumpah demi Allah SWT yaya bersyukur sebab Allah hadirkan MFBK dalam hidup Yaya. Dia sentisa ada saat susah dan senang yaya. Dia juga sentiasa sabaq dengan perangai Yaya yang supa ayaq laut pasang & surut. Tu kalau bab Yaya membebel, dia lah pendengar setia, perisai saat Yaya marah xtentu arah. *bukan salah dia pon, dia tadah ja telinga dengaq ceq bebel!! huhu lepas dah lega sikit, baru sedaq, awat ceq marah dia. Bila tanya, tenang ja dia jawab, " tak pe I dah biasa dengan perubahan mood u " gulppppppp .. sumpah rasa bersalah time tu !! Sesungguhmya Mr MFBK sangat memahami yaya. So kalau ada pasangan kita yang sabar disaat susah dan senang kita, Insyaallah, dialah calon yang sesuai manjdai pasangan hidup kita.


8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa pon yang sempurna di dunia ini. Tiada seorang pon yang semurna setiap sudut. pasti kita mempunyai kelemahan dan keburukan. Bagi dia yang bersedia menjadi pasangan hidup kita, dia akan sedia memberitahu kita.

- Yang ni memang tak dinafikan, di awal perkenalan ja nak rasa sweet bagai, nak tgok Mr MFBK kita cover2 acah gentleman. Cukup 3bulan hahaha hilang, show time !! The real of him. Mr MFBK yaya ni seorang yang agak menjaga keterampilan la dari ujung rambut sampai ujung kaki, ada sekali Yaya naik N9, dengan muka tak mandi dia datang kat kita, hahaha memang lawak. sekarang nak kentot pon tak main cover line dah, dia hentam kentot ja, busuk ka tak belakang kira !! Tapi bila kita dah terima kelemahan masing2, benda tu jadi kebiasaan dan manis dalam kehidupan kita.


9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasanganya. Dengan deria batin ini, kita mengetahui perasaan masing2. Kita dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

- Bagi Yaya, bila yaya yakin akan sesuatu atau dengan pilihan hidup Yaya. Yaya akan tanya sekali lagi, adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilhan . Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10. Solat Istikharah & Tawakkal 

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Kita hanya mampu merancang. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang istikharah dan memohon supaya diberikan pertunjuk, dan Insyaallah dengan izin-Nya kita mendapat petunjuknya.


~ THE END ~

loveyayayoye 
















No comments:

Post a Comment