So malam ni , yaya ada sikit masa terluang dan tetiba teringat akan "blog" yg x di kemas kini sekian lama, kebetulan tadi my kazen bawa "Majalah Wanita" ala yang front page perkahwinan Farid Kamil tu.. Dan yaya ada terbaca dekat bahagian "Psikologi" mengenai perubahan sikap pasangan.. Tak kiralah pasangan kekasih ataupun suami isteri.. But the point was for Husband and Wife, married person. Yelah kalau kapel nie ,, bukan susah sangat. agak-agak pasangan tu buat hal and dah sememangnya tiada lagi rasa cinta dan kasih buat nak kapel lagi kan, "break off" jew!
#ewah!! senangkan yaya menaip, buatnya En. Chenta Hati buat camtu,,haa!! baru ada akai.. huihhh minta simpang la,, doa-doakan yang terbaik..
Memanglah terdapat banyak perbezaan antara lelaki dan perempuan tetapi bila menyentuh bab "kesetiaan" dan "kecurangan", lelaki atau perempuan sama ja. Itu yang sampai ada macam-macam kes yang keluar surat khabar dan sebagainya. Bila berlakunya perkara camni mesti ada yang dilema, sedih, dan sengsara. Ofkoz arr, gila kau !! xkan nak happy pulak kan dapat tahu kita dikhianati and how we gonna accept ?huhuhu
Actually it have so many reason yang boleh menjadi faktor terjadinya masalah curang-murang dan muncul secara tiba-tiba orang tengah/ ketiga. Antaranya:-
1. Pasangan terlalu mengongkong
2. Tiada kasih sayang
3. Ingin mencari kelainan
4. Pantang lihat lelaki kacak/perempuan cantik
5. Masih bersifat ingin berseronok
dan banyak lagi. Apa yang pasti, sama ada suami/isteri atau kekasih, mestilah peka kepada perubahan yang berlaku terhadap passangan. Berkemungkinan besar mereka sedang meyembunyikan sesuatu rahsia tanpa kita ketahui. So berhati-hatilah. Yaya nak share beberapa contoh perubahan sikap yang berlaku jika salah seorang curang :
1. Mula mementingkan penampilan
- jika dahulu, pasangan kita di kenali sebagai seorang yang bersahaja atau pon yang ringkas
dalam berpakaian, tetapi tiba-tiba dia berubah menjadi seorang individu yang mementingkan penampilan
terutama sekali ketika keluar rumah.
#hurmmm,, ?? o.O ?? ....
- suka menyembur minyak wangi (sampai setengah botol) .. okay!! itu sangat melampau!! dan lebih suka habiskan duit dengan shopping baju atau seluar baru. Sudah cukup menjelaskan bahawa pasangan anda sedang cuba mencari teman baru.
#hurmmmm (lagi sekali tapi kali ni sambil main daguku yang tiut miut).. okay untuk bab coping
baju and suar,, bagi yaya okay ! becoz yaya xsuka lelaki yang selekeh and do LOVE dress up guys!! weee memang terjojol kalau neok En.Boipren dress up. tapi xdak lah over sampai cam artis kpop yee :))
2. Mudah Melenting
- contohnya , sikap awal pasangan bukan yang cepat melenting tapi sangat penyayang and a very caring person. But suddenly change be one of person that have anger-management problem.
Tambah-tambah kalau kita mengkritik atau cuma nak buat lawak mengenai sesuatu
terutamanya mengenai penampilan pasangan.
# ^_^ ... En.Boipren bebas dari anger-management problem .. Yess!!
3. Ambil peluang berjauhan
- Seorang penulis buku berjudul "Ultimate Betrayel" iaitu penulisnya "Danine Manette" berkata:
" Berkemungkinan besar pasangan tidak setia antara satu sama lain,
akan mula keluar awal dari rumah untuk ke tempat kerja."
# terpikir sejenak yaya bila membaca ayat ni, yelah ayat nie lebih
kepada pasangan yang dah kahwin. So meaning for this part I have no idea to judge my Chenta Hati.
- kebanyakkan pasangan yang berperangai seperti ini, lebih gemar menghabiskan masa
diluar atau mengambil peluang bekerja di luar daerah untuk cuba berjauhan dengan pasangan.
Sebagai pasangan, cuba perhatikan berapa banyak waktu yang dihabiskan dengan keluarga
berbanding waktu yang dihabiskan di luar.
# ooooooo .. paham-paham!! (sambil angguk-angguk bila baca) !! 0.0 !!
Kata orang, baik kita berwaspada dari terkena . :))
4. Panggilan telefon sering xberjawab
- Pernahkah anda mengalami situasi ini ??
# yess !! always !!! ~.~
- mesti anda tertanya-tanya mengapa panggilan telefon atau sms sering x berjawab.
Atau mungkin pasangan bertindak menutup telefon kerana tidak ingin di ganggu lebih-lebih lagi jika pasangan
yang berjauhan daripada anda.
p/s : alasan yang sering mereka berikan adalah seperti berikut:
* bateri telefon mati
* telefon dalam keadaan 'silent'
* sedang bekerja
* tiada masa untuk menjawab atau membalas panggilan kerana mempunyai urusan penting.
# okay .. rasanya ada jew salah satu alasan yang sering digunakan En.Boipren yaya ni..
hurmm xley jadi nie..
- Jika pernah diberi alasan seperti ini, itu merupakan petanda kurang baik. Begitu juga beberapa
informasi lain seperti kata kunci emel mahupun telefon.
Jika dahulu, semua maklumat boleh dikongsi bersama, tetapi setelah pasangan membuat sesuatu dibelakang
anda, mereka banyak menjadi perahsia dan ada sesetengah yang boleh menyebabkan pergaduhan hanya disebabkan telefon bimbit.
....
p/s : tunggu apa lagi , selidiklah pasangan anda. Apa sebenarnya yang berlaku? Sebelum soalan itu diajukan
kepada mereka untuk mendapatkan penyelesaian.
# hahaha ^_^ ayat last agak terasa tertikam !! sebabnya, yaya kalau rasa pelik sket ja ngan En.Boipren,,
soklan pertama yang yaya tanya : Ayang, ada pompuan laen ehh ?? . hahah sampai naik cemuih (bosan)
En.Boipren yaya nak jawab.
Kesimpulannya disini ialah, kita mesti ada rasa saling mempercayai dan saling menghormati . Insyaallah elok ja hubungan yang terjalin. Tapi kalau dah percaya pon kita buat, hormat pon kita dah buat. But pasangan kita perangai cam Hantu Raya jugak .. senang citer said : Hye Hye Bye Bye jew kat dia :)) ..
Jodoh dan Pertemuan di tangan Tuhan. Kita cuma boleh merancang.
~sekian~
Love, Yaya
Perubahan sikap tanda pasangan curang !







